| Dashboard |
- Cintun Amoiyya -
Sekadar manakah Kesedaran Umat Islam dengan bulan رمضان?
Saturday | 10:11 PM

Dengan izin Allah swt, akhirnya dapat jugak update untuk hari yang indah ini. Alhamdulillah :]


Assalamualaikumm saudara sekalian :)


Alhamdulillah. Engkau masih memberi kesempatan untuk aku serta kedua ibubapaku serta umatMu yg lainnya menemui Ramadhan. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Sedar tak Ramadhan dah nak datang? Tak sampai 72 jam lagi. Adakah saudara sedar hanya sekadar sedar yang dah nak puasa je? Astaghfirullahalazim. Minta dijauhkan dari umat seperti itu.


Datang seorang gadis, lalu menanyakan kepada diri ini tentang kenikmatan&keistimewaan bulan Ramadhan. Terkedu diriku kerana gadis ini hanya berumur 6 tahun. Sungguh terkilan diriku mempunyai saudara seIslamku hanya setahun jagung sudah pun meng-agungkan Ramadhan-Mu.
Lalu, dengan sebak, ku hadiahkan sebuah kucupan hangat singgah di dahi anak kecil itu.


Ramadhan bukan bulan untuk meng-slimkan diri. Ramadhan bukan untuk melaparkan diri. Ramadhan bukan satu penyeksaan. Ramadhan bukan untuk menantikan Syawal.


Ramadhan adalah bulan yang dimuliakan Allah. Ramadhan adalah bukti menunjukkan Allah swt menyayangi kita, memahami umatNya. Sebagai tanda, untuk kita mengingati saudara-saudara kita yang terpaksa menahan lapar kerana dunia yang kejam. Maaf, bukan dunia. Tetapi manusia yang tiada sedarnya KIAMAT dan kelekaannya tentang dunia.


Ramadhan bulan untuk kita mendekatkan diri dengan Allah. InsyaAllah. Di bulan Ramadhan lah, bulan yang kita dapat 'gain' pahala sebanyak mungkin.


Anda mati esok. Siapa yg tahu? Apa? Anda muda?


p/s : Khan Yusni. Free Palestin.

Older Post | Newer Post
Amoi Next Door

Emak saya cakap :
muka saya 10% macam abah, 50% macam mak, 40% macam Amoi :)
Facebook | Tumblr
Let's Friend Human

Dah Follow ? Thanks so mash. Sorry sangat guys, kalau nak suruh AMOI follow balik, leave ur message dekat Facebook, Twitter eh. Sure 100% AMOI akan follow balik! Marah sama shoutbox tau. Buat perangai! Okey, Ciao :)
Credits
Fully Editted by: Amoi_Ninie
Skin by : Iezanh Ijan
Best View : Google Chrome