| Dashboard |
- Cintun Amoiyya -
Artis Sertai RAW @ Askar *
Friday | 11:46 AM




KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, akhirnya niat saya menyertai Rejimen Askar Wataniah (Raw) menjadi kenyataan.
“Selepas ini, saya akan meningkatkan stamina sebelum latihan asas sebenar bermula,” kata penyanyi wanita tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 32.

Menurut Siti, dia berminat menyertai Raw kerana latihannya dapat membentuk ketahanan mental dan fizikal.


“Biarpun pernah mengikuti aktiviti lasak, saya perlu bersedia meningkatkan latihan membentuk stamina.

“Kesediaan penuh penting kerana ia mampu membantu anggota Raw membina jati diri kukuh sebagai sukarelawan negara,” katanya selepas menandatangani borang di Majlis Penyertaan Selebriti dalam Askar Wataniah di bangunan Kementerian Pertahanan di sini, semalam.


Artis lain yang turut mengambil bahagian ialah Aizat Amdan, Intan Ladyana, Shaheizy Sam, Ana Raffali dan penerbit filem, David Teoh.



Selain artis, majlis terbabit turut mengesahkan penyertaan Nurul Hidayah yang juga anak perempuan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bagi Intan Ladyana, keputusan menyertai Raw dibuat selepas dia mengkaji tahap latihan dan kemampuan diri.

“Selepas mendapat penerangan berhubung latihan dan aktiviti yang dilalui sebagai anggota Raw, saya jadi teruja dan terus bersetuju.


“Di samping mengutip pengalaman dan menjalani latihan asas, saya juga mahu menyedarkan belia dan masyarakat luar artis juga boleh menyertai Raw,” katanya.


p/s : credit to Metro 

Older Post | Newer Post
Amoi Next Door

Emak saya cakap :
muka saya 10% macam abah, 50% macam mak, 40% macam Amoi :)
Facebook | Tumblr
Let's Friend Human

Dah Follow ? Thanks so mash. Sorry sangat guys, kalau nak suruh AMOI follow balik, leave ur message dekat Facebook, Twitter eh. Sure 100% AMOI akan follow balik! Marah sama shoutbox tau. Buat perangai! Okey, Ciao :)
Credits
Fully Editted by: Amoi_Ninie
Skin by : Iezanh Ijan
Best View : Google Chrome